Saturday, November 19, 2011

Cuaca

Sinar-sinar cahaya matahari memasuki bilik yang gelap, belum sempat aku menoleh ke arah cahaya, ia sudah mendung. dari redup-redup terus bertukar ke titisan-titisan hujan, sikit-sikit tompokan air ke jalan yang di saluti tar menjadi basah penuh, air yang menari-nari di jalan tadi mula bercantum menjadi aliran sungai kecil memasuki lorong-lorong longkang. Aku pernah tanya pada hujan kenapa kau turun walaupun semua dalam keadaan ceria. mereka kata "semula jadi" dab aku faham maksudnya. Aku hanya senyum melihat mereka menari kembali. Matahari kadangkala perlu berehat memberi sinaran cahaya kepada semua. 

Aku juga sebahagian semula jadi, naluri aku padat dengan emosi, emosi orang di sekelilingan. Aku mahu juga menjadi seperti hujan kadangkala. menari dengan suka hati selepas itu mengalir pergi. Aku tutupkan mata, hitam, hitam dan terasa haba merah di mata, cahaya memasuki ruang yang tertutup. aku buka pelahan-lahan. Cahaya matahari sudah menembusi awan mendung lalu sinaran yang sedikit itu terpancar tepat ke arah ku seperti ingin memberikan aku sesuatu.  

Aku tanya pada matahari, pinjamkan saja aku mimpi indah untuk kegunaan hari ini sehingga esoknya. Aku juga mahu gembira. Sinaran matahari terus bersinar. 

No comments:

Post a Comment