Tuesday, September 27, 2011

Secawan kopi bersama sebatang gudang garam

Aku duduk berkerusikan emosi, bermejakan masa lampau. Di atasnya meja itu ada secawan kopi panas, cawannya di buat dari kudis-kudis hitam yang di keluarkan daripada memori-memori silam. Di sini aku dapat melihat memori terputar, juga memori baru di putarkan. Lihat saja pada langit, bertukar dari warna biru ke warna merah. bukan kiamat. dan bukan juga akhirat. Gudang garam nikmat bukan? 

Jika di lihat pada awan-awan yang mendung, pejalnya seperti boleh di sentuh. lembut dan empuk, tapi dalamnya penuh dengan kilat, air tangisan. Aku lelaki, tentu saja aku tak menangis mengunakan mata. Bila fikir mati itu dekat, aku cuba jauh-jauhkan. Aku sesat di memori kosong. kosongnya juga bukan kosong putih, tapi penuh dengan gambar-gambar. 

Aku lihat kanak-kanak di depan ku belajar terbang. Tiap kali dia jatuh dia menangis, tapi dia cuba untuk terbang. bila dia terbang, dia sudah lupa masa dia jatuh. Nikmatnya secawan kopi bersama sebatang gudang garam. 

No comments:

Post a Comment