Wednesday, September 28, 2011

Secawan kopi bersama sebatang gudang garam (ii)

Di atas gunung yang tinggi-tinggi yang tingginya lebih dari ketinggian yang tertinggi, aku melihat di bawah-bawah yang boleh melihat terbawah-bawah. segenit-genit orang yang genit, sehingga sebesar-besar orang yang besar. Kotak berwarna merah dan emas di tepinya yang selalu ku bawa, aku keluarkan. aku buka, dalamnya ada sebatang. aku lekatkan pada bibir. bakar. sedut dan hembus. Asap-asap yang keluar itu berbentuk, ada bentuk seperti bola tapi kebanyakannya bentuk abstrak. fikir yang fikir. 

Di atas gunung ini aku duduk bersila, gurih gudang garam. Aku perhati orang-orang sibuk-sibuk. aku tidak lagi sibuk, aku fikir aku tuhan di sini. bila fikir tuhan, aku fikir yang jatuh-jatuh dari yang terbang-terbang. jatuh-jatuh itu sedap-sedap, terbang itu sakit-sakit. sendiri itu sendiri-sendiri. sedut-sedut dan hembus-hembus.   

Udara yang percuma masuk ke dalam paru-paru bukan lagi pilihanku untuk tenang, walaupun udara juga sampai bahagian otak, tapi tentu sahaja aku pilih bahan yang lebih perisa, bila di gaul di dalam otak berwarna hitam, pekat. aku buka sedikit ruang di kepala untuk mengalirkan kepekatan hitam, tuangkan pada cawan. Minum. Nikmatnya secawan kopi bersama sebatang gudang garam. 

No comments:

Post a Comment