Monday, September 5, 2011

Evolusi

Dulunya aku berevolusi, ada sayap yang panjang boleh terbang, ya! terbang melihat homosapien yang kenit-kenit. aku hulurkan tangan untuk terbang bersama. mereka kata aku malaikat, padahal aku hanya homosapiens berevolusi, evolusi kerana aku ingin bebas, terbang dan telanjang. 

Gema-gema yang bunyi jeritan di langit-langit sudah jadi musik-musik, suara yang datangnya dari langit. terbang dan terbang. coba untuk dekati matahari dan bulan. di kala aku terbang-terbang aku terlihat teman yang patah sayapnya, tidak lagi terbang. dia duduk di tempat yang gelap, mukanya hanya ada bayangan hitam. dia gembira tapi dalam masa yang sama, dia sedih, kecewa. 

Aku patahkan sayap untuk temankan bersama, cuba membuang bayangan hitam menghantui dirinya biar dia menjadi putih. aku manusia dan bukan malaikat. aku hanya kebetulan dan dia sudah jumpa kepastian. hilang hitamnya, menjadi putih, bersayap dan boleh terbang. Aku tidak boleh bersedih. kerana sedih itu hanya hitam lagi untuknya. aku mahu dia putih. 

Aku tidak menahan kau untuk terbang, terbanglah wahai sahabat. terbang! terbang dan telanjang. 

No comments:

Post a Comment