Saturday, July 30, 2011

Putih Hitam dan Kelabu-kelabu

Kau hulurkan tangan yang halus-halus, lembut untukku pegang, ku genggam erat dan kau bawa aku terbang. Tinggi, lebih dari di atas awan yang awan. Kau tunjuk seluruh dunia itu kecil sahaja dan sekarang kita adalah gergasi telanjang yang terbang. Kau bilang Putih Hitam dan Kelabu-kelabu. 

Di tempat yang tinggi tanpa putih tanpa hitam dan kelabu-kelabu, kita singgah.  Disana lebih banyak makhluk telanjang yang boleh terbang. Mereka melihat, dan berkata Puith Hitam dan kelabu-kelabu.  Kau lepaskan tanganku, kau senyum. Aku bilang Putih Hitam dan kelabu-kelabu. 

Tempat yang pejal nikmat untuk dipijak, tapi sekarang kosong, yang ada hanya putih. kau terbang mengikut makhluk telanjang yang boleh terbang sekumpulan, biarkan aku jatuh dari tempat tinggi. Aku hulur tangan untuk kau sambut, kau jeling sinis tapi masih senyum, aku nampak putih hitam dan kelabu-kelabu.  

No comments:

Post a Comment