Monday, July 18, 2011

Pembunuh semula jadi

Setiap kali melihat homosapiens lainnya lalu dihadapanku, hanya ada gambar-gambar bergerak berdarah. Semuanya dalam keadaan pergerakan lambat. Darah yang terpercik sedikit-sedikit itu menghiasi ruang udara terapung-apung tanpa pergerakan membentuk seni percik. Jika darah-darah terpercik itu jatuhnya pada sehelai kanvas besar yang kosong, ia menjadi sesuatu seni yang asli, seni yang tidak ternilai dengan bau aroma darah segar yang lama-lamanya bertukar menjadi warna hitam, warna hitam yang merah-merah. Baunya masih melekat seakan-akan bau besi karat tapi nikmat, nikmat bau asli. 

Aku pemangsa, aku mahu jadi pemangsa. Setiap kali terlihat sesuatu, tanganku yang bergetar, parkinson. Bunuh atau terbunuh. yang pasti mesti salah satunya menjadi nilai seni yang abstrak. Aku mahu menikmati disaat pembikinan satu karya agung mengunakan dakwat dulunya terhasil daripada pencantuman sperma dan ovum membentuk seketul daging yang membesar sehingga bertulang, berkulit dan berkasta. ia dakwat yang dicipta tuhan bukan manusia. Dengan warna merah darah tentu sahaja boleh menghasilkan tona-tona berlainan, walaupun asasnya adalah merah. 

Aku tiada kebencian, tiada kegeraman terhadap spesis homosapien lainnya. Perasaan ingin membunuh ini, aku pendamkan. aku telan dan simpan dalam-dalam. Biarkan ia pergi. Jika manusia dilahirkan pada mulanya untuk menjadi songsang. aku dilahirkan untuk menjadi pembunuh semula jadi. Pembunuh yang membunuh untuk bunuh. 

No comments:

Post a Comment