Saturday, July 30, 2011

Putih Hitam dan Kelabu-kelabu

Kau hulurkan tangan yang halus-halus, lembut untukku pegang, ku genggam erat dan kau bawa aku terbang. Tinggi, lebih dari di atas awan yang awan. Kau tunjuk seluruh dunia itu kecil sahaja dan sekarang kita adalah gergasi telanjang yang terbang. Kau bilang Putih Hitam dan Kelabu-kelabu. 

Di tempat yang tinggi tanpa putih tanpa hitam dan kelabu-kelabu, kita singgah.  Disana lebih banyak makhluk telanjang yang boleh terbang. Mereka melihat, dan berkata Puith Hitam dan kelabu-kelabu.  Kau lepaskan tanganku, kau senyum. Aku bilang Putih Hitam dan kelabu-kelabu. 

Tempat yang pejal nikmat untuk dipijak, tapi sekarang kosong, yang ada hanya putih. kau terbang mengikut makhluk telanjang yang boleh terbang sekumpulan, biarkan aku jatuh dari tempat tinggi. Aku hulur tangan untuk kau sambut, kau jeling sinis tapi masih senyum, aku nampak putih hitam dan kelabu-kelabu.  

Sunday, July 24, 2011

Moksa

Dikatil yang empuk aku terbaring menutup mata yang melihat warna-warna terang mencerahi seluruh dunia, ya! bagi si buta warna tentu sahaja ia nampak sesuatu warna yang indah bukan seperti orang lainnya, menutup mata hasilnya sama, hanya kelihatan kegelapan tanpa cahaya dan warna terang. warna hitam ini tentu sahaja menemani ketika setiap detik saat berlalu.  Gelap-gelap yang gelap. 

Akal yang diberi untuk berfikir aku rehatkan seketika, biarkan ia kosong. kekosongan yang sangat kosong. telingaku pekakkan dari mendengar rintihan diri sendiri yang merasakan dunia mencelakakan dirinya. Hanya terdengar saluran nafas yang bernafas. Angin-angin yang sejuk menusuki hidung keluar dari paru-paru aku keluarkan dari mulut. aku hiruplah udara-udara itu masuk kedalam mulut. biarkan ia keluar dari hidung. sucikan mengunakan sumber yang didapati percuma. 

Segelap-gelap tutupan mata, dihujung-hujung lubang terdapat cahaya yang kecil masuk memberikan pelukan suam. Setinggi-tingginya awan yang menjadi perhiasan dilangit, aku cuba melihat secara telus kearah cahaya yang sinar. Bau-bauan dunia yang padat dengan kecelaruan mahu saja aku tinggalkan. Korbankan jiwa untuk sesuatu ialah permulaan, korbankan sahaja roh yang tiada kehidupan hingga sampai ketahap moksa. 

Wednesday, July 20, 2011

Tenteram

Kenyataan yang jelas sebenarnya dari pendefinisi yang kukuh. Sekukuh-kukuh kenyataan ia tidak jelas walaupun kelihatan jelas, ia bermula pada asas. Asas perkataan dibina untuk menghubungkan sesuatu menjadi jambatan antara satu-satu homosapien berkata-kata. Apabila manusia berevolusi, kata-kata lama tidak lagi digunakan untuk sebagai jambatan. ia lebih dari kata-kata yang memutarkan sesuatu untuk menjadi sesuatu yang legap pada mata homosapien lainnya. Kenyataan aku berubah-ubah mengikut minda. Tenteram-tenteram.

Aku suka bertelanjang, kerana telanjang mengingatkan aku pada naluri manusia yang binatang. ya, kita binatang yang membinatangi manusia lainnya mengunakan kepercayaan. dan apabila kerpercayaan itu hilang ia akan hilang dan hilang. Dicari-cari ia akan menjadi sesuatu pembaharuan, lahir telanjang yang telanjang. Tenteram-tenteram.

Jika marah, jangan marah pada langit, langit akan menangis melihat kau yang telanjang kedua-duanya. Marahkan pada sekeping refleksi yang melihatkan dirimu yang telanjang. Marah pada setiap pergerakan yang kau lakukan. Pergerakan itu pilihan mati yang menjadi selari untuk kau pegangi. Marah sepuas-puasnya, berkelahi dengannya kerana akhirnya minda yang marah itu akan tenteram-tenteram. 

Monday, July 18, 2011

Pembunuh semula jadi

Setiap kali melihat homosapiens lainnya lalu dihadapanku, hanya ada gambar-gambar bergerak berdarah. Semuanya dalam keadaan pergerakan lambat. Darah yang terpercik sedikit-sedikit itu menghiasi ruang udara terapung-apung tanpa pergerakan membentuk seni percik. Jika darah-darah terpercik itu jatuhnya pada sehelai kanvas besar yang kosong, ia menjadi sesuatu seni yang asli, seni yang tidak ternilai dengan bau aroma darah segar yang lama-lamanya bertukar menjadi warna hitam, warna hitam yang merah-merah. Baunya masih melekat seakan-akan bau besi karat tapi nikmat, nikmat bau asli. 

Aku pemangsa, aku mahu jadi pemangsa. Setiap kali terlihat sesuatu, tanganku yang bergetar, parkinson. Bunuh atau terbunuh. yang pasti mesti salah satunya menjadi nilai seni yang abstrak. Aku mahu menikmati disaat pembikinan satu karya agung mengunakan dakwat dulunya terhasil daripada pencantuman sperma dan ovum membentuk seketul daging yang membesar sehingga bertulang, berkulit dan berkasta. ia dakwat yang dicipta tuhan bukan manusia. Dengan warna merah darah tentu sahaja boleh menghasilkan tona-tona berlainan, walaupun asasnya adalah merah. 

Aku tiada kebencian, tiada kegeraman terhadap spesis homosapien lainnya. Perasaan ingin membunuh ini, aku pendamkan. aku telan dan simpan dalam-dalam. Biarkan ia pergi. Jika manusia dilahirkan pada mulanya untuk menjadi songsang. aku dilahirkan untuk menjadi pembunuh semula jadi. Pembunuh yang membunuh untuk bunuh. 

Penhujung yang tiada penghujung

Disuatu jalan yang panjang aku belari untuk sampai kesuatu penhujung panjang yang tanpa penhujung. Hari yang mendung kini dihiasi dengan hujan batu-bata yang tersusun kemas dihadapan. Setiap satu mereka bersusun sehingga berubah menjadi suatu tembok yang panjang dan tingginya tidak terlihat, menghalang perjalanan ke depan. Aku teruskan perjalanan sehingga betul-betul sampai ditembok yang menghalang perjalanan. 

Dengan mengunakan kekuatan homosapiens aku tarik seberapa kilometer tangan kananku untuk dihayunkan pada tembok ini. Satu tumbukan dilepaskan. Getaran kecil terhasil, tapi rasa kesakitan menguasai minda. Tangan yang pejal kini telah berubah menjadi daging merah yang lunyai, dihiasi dengan tulang-tulang yang terjojol keluar. aku hanya memeherhati tembok yang menghalang. ego dan tegap. Usaha untuk kehadapan tidak lagi terhasil.  kesakitan yang tadinya menguasai sudah surut hanya timbul rasa-rasa marah. 

Kalau perjalanan lurus tanpa penghalang tentu sahaja sampai ke penhujung yang tiada penghujung. di penhujung yang tiada penhujung, tiada benda dicari, tiada benda juga mahu difikirkan. Tapi untuk melepasi tembok ni hanya satu, mengunakan tangan kosong untuk memecahkannya. Dengan kuasa minda, tangan yang hancur ini tidak kesakitan. Biarkan hayunkan selaju yang mungkin kearah tembok.  Hayun tangan kiri. Hayun tangan kanan. Hayun kaki kanan. Hayun kaki kiri. Hayun kepala. Gelap tanpa kesakitan. 

Penhujung yang tiada penghujung

Sunday, July 17, 2011

Tanpa pergerakan

Aku hilang dalam kehilangan berterbangan jauh keluar dari bumi, batu ketiga dari matahari. Ditepi hanya ada ruang dan masa bergerak tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan aku berjalan, berjalan jauh meninggalkan diri sendiri yang tersedia telanjang. Bintang-bintang berkelip, memandang sinis makhluk sepertiku yang mempunyai jangka hayat yang pendek. Tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan. 

Aku harapkan diri ini di bawa ke taman-taman indah dipenuhi dengan warna-warna kesukaan. Sedar yang tidak sedar putaran yang menghiasi penglihatan. Aku tutupkan mata biar dan biarkan telanjang yang telanjang, mati yang tak mati, dosa yang tak dosa. Tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan. 

Aku letakkan tangan didada, aku buat bersilang, luruskan kaki, tutup mata. Peluh-peluh yang dulunya panas kini menjadi titis-titis sejuk. Ditelingaku hanya terdengar gelombang sonar aktif yang mengosongkan otakku. Bunyi ini seakan-akan memberi aku petunjuk, petunjuk untuk aku berhenti dan biarkan, pergerakan tanpa pergerakan. 

Urat-urat, darah mengalir, otak, mata, nafas, biarkan lah ia terhenti. Tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan. 

Saturday, July 16, 2011

Putih

Seputihnya kertas kosong yang diperbuat daripada kanvas. Aku mengunakan tangan kiri dengan pena berdakwatkan akal untuk menconteng sesuatu. dulunya gambar-gambar bergerak membantu, kini aku kerahkan otakku untuk berputar ligat. seligat-ligat otak berputar, aku hanya dapat putaran yang tersangkut ditengah-tengah. berputar kiri dan ke kanan. 

Kalau dengan menhentak kepala ke dinding konkrit itu adalah untuk pembetulan putaran, aku akan buat semahu-mahunya, biar baik kembali otakku yang sudah karat ini. Aku hanya duduk diam melihat kertas kosong itu putih menjadi kuning-kuning warnanya, tanpa tulisan. Aku gigit jari, biar ada rasa sakit, tanda aku marah dengan akal. heh, sakit menguasai diri tapi akal ku masih degil untuk berbicara. 

Biar aku berkelahi dengan minda disini. Kau kalah turuti aku, Aku kalah dan aku mati. 

Hitam

Terbukanya kelopak mata dari kehitaman minda. aku terbaring kaku. aku bangun. memerhati keadaan sesekeliling mencari sesuatu yang telah hilang. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku terbang, terbang tanpa sayap. Gema-gema ditelinga dengan suara halus memanggil aku untuk pergi ke tempat hitam semula. Aku biarkan diriku telanjang, dibasahi kelenjar-kelenjar peluh-peluh semalam ketika aku berada dalam kegelapan. 

Diriku yang lama sudah mati, diriku sekarang hampir mati. Bezanya diriku yang dulu sangat baik berfikir, aku sekarang seperti dunggu. mati lebih baik mungkin. Aku mahu menulis panjang tapi yang keluar hanya dakwat putih ditulis tanpa erti. 

Aku ingin kembali didunia kehitaman. Mungkin disitu tempat aku. 



Sepuloh

Sebenarnya tiada nombor sepuloh yang ada hanya satu dan kosong dijimakkan bersama, nombor yang wujud untuk pengiraan sesuatu benda yang sama. kalau gadis kesukaan aku ada sepuloh dan kesepuloh mereka menyukai aku. aku biarkan diriku bercinta dengan mereka sepuloh kali dan aku pastikan yang kesepuloh itu, aku jadi yang sempurna. 

menamatkan antologi nombor. 

Sembilan

Sembilan kali sembilan belas millimeter perluru parabellum, diisikan didalam pistol walther p99. semuanya ada lima belas biji peluru. Jika satu das tembakan di lepaskan di kepala, peluang homosapiens untuk hidup adalah 5% di mana hanya 3% untuk hidup kembali normal. Jika ditembak tepat pada hati, akan mati.

Lapan

Lapan abjad yang mengambarkan diriku sebelum ini. Sekarang aku selesa dengan keadaan telanjang. tiada baju, tiada seluar. yang ada hanya bulu-bulu tumbuh mekar menutupi zakar. kalau diberikan baju akan rasa selesa sehingga melupakan penderitaan yang sebelumnya. heh! aku tak biasa dengan keselesaan. 

Tujuh

Tujuh abjad aku suka, "Percuma". kalau diberi baju patroit dan baju bersih 2.0 secara percuma, aku pakai kedua-duanya sekali. Berdamaikan lebih baik?

Enam

Tiada kaitan dengan enam. cuma jumlah abjad ada enam, "sayang". perkataan sayang setiap orang definisinya belainan. dan sayang aku berlainan. sayang aku adalah janji.

Lima

Sebanyak lima orang pernah menghias diriku dengan lima jari mereka di mukaku. Emak, bekas kekasih satu, bekas kekasih dua, bekas kekasih tiga, dan bekas kekasih empat. Persamaan mereka ialah wanita, sayang, dan mengakhiri sesuatu dengan tamparan. 

Empat

Empat benda yang tidak boleh di percayai di dunia ini ialah wartawan, politik, internet dan perang. Itu semua propaganda. Maka dengan itu, jangan pecaya kata-kata aku. percaya diri sendiri lebih baik bukan? 

Tiga

Tiga perkataan yang paling manis ialah aku cinta kau, tiga perkataan yang paling sial ialah aku benci kau. hanya tukar perkataan ditengah-tengah untuk mendapat maksud yang berbeza.

Dua

Dua hati menjadi satu, kalau benar tentu tiada perkataan "tiada jodoh" ketika cerai, ketika kau dapat hati yang lebih baik. Heh! Homosapiens sentiasa tamak ingin mencari yang lebih baik, satu masa nanti kau akan tersungkur kembali dengan memori permulaan. 

Satu

Satu-satunya aku percaya ialah tuhan selebihnya adalah hati walaupun kadang-kala hati tidak bermata untuk melihat. Dengan hati, mataku tidak melihat wanita berbaju itu telanjang, tapi aku lihat kedua-duanya telanjang. 

Kosong

Kosong itu tanda permulaan, permulaan sesuatu yang sudah dimulakan. setiap saat bertukar menjadi minit bertukar menjadi jam bertukar menjadi hari dan akhirnya bertukar menjadi tahun. Diriku yang lama sudah mati, dan biarkan dia mati begitu sahaja, aku lahirkan kembali diriku dalam keadaan telanjang, telanjang yang telanjang.