Saturday, November 19, 2011

Cuaca

Sinar-sinar cahaya matahari memasuki bilik yang gelap, belum sempat aku menoleh ke arah cahaya, ia sudah mendung. dari redup-redup terus bertukar ke titisan-titisan hujan, sikit-sikit tompokan air ke jalan yang di saluti tar menjadi basah penuh, air yang menari-nari di jalan tadi mula bercantum menjadi aliran sungai kecil memasuki lorong-lorong longkang. Aku pernah tanya pada hujan kenapa kau turun walaupun semua dalam keadaan ceria. mereka kata "semula jadi" dab aku faham maksudnya. Aku hanya senyum melihat mereka menari kembali. Matahari kadangkala perlu berehat memberi sinaran cahaya kepada semua. 

Aku juga sebahagian semula jadi, naluri aku padat dengan emosi, emosi orang di sekelilingan. Aku mahu juga menjadi seperti hujan kadangkala. menari dengan suka hati selepas itu mengalir pergi. Aku tutupkan mata, hitam, hitam dan terasa haba merah di mata, cahaya memasuki ruang yang tertutup. aku buka pelahan-lahan. Cahaya matahari sudah menembusi awan mendung lalu sinaran yang sedikit itu terpancar tepat ke arah ku seperti ingin memberikan aku sesuatu.  

Aku tanya pada matahari, pinjamkan saja aku mimpi indah untuk kegunaan hari ini sehingga esoknya. Aku juga mahu gembira. Sinaran matahari terus bersinar. 

Wednesday, November 16, 2011

Pembunuh sakit

Sakit yang sudah sedikit itu nampak sudah terangnya banyak. Aku pegang tempat-tempat yang sakit itu, orang kata sakit itu panggilan mati, perhati, perhati, perhati, pasti. Kadangkala aku cuba pakai topeng nyawa yang hidup selama, tapi topeng yang aku bina dengan minda tentu saja retak-retak pecah berderai bila minda tidak boleh menang berlawan dengan rasa-rasa. fikir-fikir bukan boleh menang sakit-sakit. rasa itu semua, fikir itu satu. buntu. 

Kalau satu hari nanti aku terbang dulu, itu bukan salah aku, dan bukan salah aku, salahkan saja pada memori, kerana selitkan aku sekali di dalamnya. 

Thursday, November 10, 2011

Maps


Pack up
I'm a stray
enough
Oh say say say you'll 
Say say say you'll 
Say say say you'll 
Say say say you'll 
Say say say..

Wait.
They don't love you like I love you
Wait.
They don't love you like I love you
Maps...........
Wait.
They don't love you like I love you

Made off
Don't stray
Well my kinds
Your kind 
I'll stay the same

Pack up
But don't stray
Oh say say say 
I'll say say say..

Wait.
They don't love you like I love you
Wait.
They don't love you like I love you
Maps...........
Wait.
They don't love you like I love you
Wait.
They don't love you like I love you
Maps...........
Wait.
they don't love you like I love you

Sunday, October 2, 2011

Secawan kopi bersama sebatang gudang garam (iii)

Telanjang aku telanjang-telanjang. tiada lagi orang-orang, tiada lagi langit-langit. Pejam mata melihat hitam-hitam, mencari putih dalam kehitaman. Rokok yang di hisap tadinya tinggal kenangan. Di padang hijau aku terbaring, rumputnya yang rendah-rendah dan basah-basah. Diam dan diam. diam diam diam. Bising-bising otak. Bising, bising bising bising. 

Secawan kopi panas nikmat rasanya, begitu juga gudang garam. Nikmat. Nikmat. Gurih. Aku buka celahan memori mencari rasa, rasa secawan kopi bersama-sama gudang garam. jumpa rasa, aku keluarkan dari minda, sekarang aku di temani dengan kopi panas halimunan bersama-sama dengan gudang garam halimunan. Aku duduk, lihat langit, keluarlah langit-langit, biarpun secara halimunan. Hirup-hirup, Sedut-sedut, halimunan-halimunan.  Nikmatnya secawan kopi bersama sebatang gudang garam.

Aku sendiri, aku sendiri dan aku sendiri

Aku sendiri, aku sendiri dan aku sendiri,
Masing-masing sendiri yang sendiri,
Masing-masing perhati sendiri yang sendiri
Sendiri, sendiri dan sendiri,
Sendiri-sendiri yang mencampuri,
Tapi tetap sendiri-sendiri,
Aku sendiri, aku sendiri dan aku sendiri.

Aku sendiri, aku sendiri dan aku sendiri
Aku sendiri itu  suka bersendiri-sendiri
Aku sendiri yang itu suka di temani,
Aku sendiri yang itu suka mencampuri,
Tapi aku sendiri tetapi aku sendiri,
Aku sendiri, aku sendiri dan aku sendiri.

Wednesday, September 28, 2011

Secawan kopi bersama sebatang gudang garam (ii)

Di atas gunung yang tinggi-tinggi yang tingginya lebih dari ketinggian yang tertinggi, aku melihat di bawah-bawah yang boleh melihat terbawah-bawah. segenit-genit orang yang genit, sehingga sebesar-besar orang yang besar. Kotak berwarna merah dan emas di tepinya yang selalu ku bawa, aku keluarkan. aku buka, dalamnya ada sebatang. aku lekatkan pada bibir. bakar. sedut dan hembus. Asap-asap yang keluar itu berbentuk, ada bentuk seperti bola tapi kebanyakannya bentuk abstrak. fikir yang fikir. 

Di atas gunung ini aku duduk bersila, gurih gudang garam. Aku perhati orang-orang sibuk-sibuk. aku tidak lagi sibuk, aku fikir aku tuhan di sini. bila fikir tuhan, aku fikir yang jatuh-jatuh dari yang terbang-terbang. jatuh-jatuh itu sedap-sedap, terbang itu sakit-sakit. sendiri itu sendiri-sendiri. sedut-sedut dan hembus-hembus.   

Udara yang percuma masuk ke dalam paru-paru bukan lagi pilihanku untuk tenang, walaupun udara juga sampai bahagian otak, tapi tentu sahaja aku pilih bahan yang lebih perisa, bila di gaul di dalam otak berwarna hitam, pekat. aku buka sedikit ruang di kepala untuk mengalirkan kepekatan hitam, tuangkan pada cawan. Minum. Nikmatnya secawan kopi bersama sebatang gudang garam. 

Tuesday, September 27, 2011

Secawan kopi bersama sebatang gudang garam

Aku duduk berkerusikan emosi, bermejakan masa lampau. Di atasnya meja itu ada secawan kopi panas, cawannya di buat dari kudis-kudis hitam yang di keluarkan daripada memori-memori silam. Di sini aku dapat melihat memori terputar, juga memori baru di putarkan. Lihat saja pada langit, bertukar dari warna biru ke warna merah. bukan kiamat. dan bukan juga akhirat. Gudang garam nikmat bukan? 

Jika di lihat pada awan-awan yang mendung, pejalnya seperti boleh di sentuh. lembut dan empuk, tapi dalamnya penuh dengan kilat, air tangisan. Aku lelaki, tentu saja aku tak menangis mengunakan mata. Bila fikir mati itu dekat, aku cuba jauh-jauhkan. Aku sesat di memori kosong. kosongnya juga bukan kosong putih, tapi penuh dengan gambar-gambar. 

Aku lihat kanak-kanak di depan ku belajar terbang. Tiap kali dia jatuh dia menangis, tapi dia cuba untuk terbang. bila dia terbang, dia sudah lupa masa dia jatuh. Nikmatnya secawan kopi bersama sebatang gudang garam. 

Saturday, September 10, 2011

Breathe


Breathe, breathe in the air. 
Don't be afraid to care. 
Leave, don't leave me. 
Look around and choose your own ground. 

Long you live and high you fly 
smiles you'll give and tears you'll cry 
all you touch and all you see 
Is all your life will ever be. 

Run, rabbit run. 
Dig that hole, FORget the sun, 
And when at last the work is done 
Don't sit down it's time to dig another one. 

For long you live and high you fly 
But only if you ride the tide 
And balanced on the biggest wave 
You race towards an early grave.

Friday, September 9, 2011

Lukis

Aku suka melukis dan aku suka self portrait. Aku lihat diriku telanjang di cermin yang menampakkan semua tubuhku. Aku lukis secara halus-halus sehingga garisan tebal-tebal. setiap garisan-garisan yang di lukis itu penuh dengan emosi yang emosi, emosi yang tebal-tebal. 

Dari saat-saat jadi minit-minit. dari minit-minit jadi jam-jam. garisan itu siap dan aku warnakan dengan warna yang terang-terang. Campur adun. untuk mencipta sesuatu yang sempurna. di teliti halus-halus setiap warna yang di pilh. Pada setiap warna yang hampir-hampir sama tapi beza-beza sebenarnya. Habis aku warna, ia sudah jadi satu yang sempurna, lebih sempurna dari aku sendiri. 

Aku pandang sekali ia cantik-cantik, lebih sempurna dari diriku. Dua kali ia penuh dengan kedut-kedut. Tiga kali ia berdarah-darah. Empat kali ia kosong. aku mula melukis kembali. 

44 magnum

Aku pegang 44 caliber colt anaconda dengan isian enam biji peluru .44 magnum di dalamnya. di tembak jauh lari sedikit sasaran tapi di tembak dekat, tepat. Aku halakan pada langit, untuk menembak sasaran yang tiada sasaran. Bang! Peluru bergerak laju, lurus menuju ke arah langit hilang dan hilang. aku harap ia sampai ke arah tuhan. 

Seketika peluru yang aku utuskan ke arah tuhan yang hilang-hilang itu sampai. sampai ke arah ku kembali. Aku senyum. mesejku pada tuhan sudah sampai. 

Tuesday, September 6, 2011

Titik

Apabila aku membuat satu titik di sehelai canvas yang besar, titik itu akan menjadi satu titik sahaja. titik kecil yang tidak disedari kewujudannya. Di besarkan sedikit untuk nampak tapi tetap titik yang titik. Bezanya apabila aku lukiskan titik yang banyak dengan setiap titik itu titikannya berbeza-beza besarnya, akan menjadi sesuatu yang abstrak. jika aku rapatkan titik-titik itu, ia bagaikan sebuat negara legap. Titik.

Apabila aku jarak-jarakan titik yang banyak. jumlah tidak akan sama. menjadi berat di kanan, ringan di sebelah kiri. ia menjadi sesuatu yang asing di mana ada satu titik di tengah-tengah tanpa kumpulan. Aku namakan hasil ini sebagai titik yang tersepit di tengah-tengah. Titik. 

Heh! tapi aku masih mahu titik itu rapat-rapat. 

Maya

Setiap bandar, kampung atau suatu tempat yang di gelar penempatan akan sentiasa ada ketua, penyokong, pembangkang, pewira dan penyelamat. Tidak kurang juga dengan samseng jalanan, kongsi gelap, pentipu, penjenayah dan perompak.

Heh! dunia maya juga sama.

Yellow



Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah they were all yellow,

I came along
I wrote a song for you
And all the things you do
And it was called yellow

So then I took my turn
Oh all the things I've done
And it was all yellow

Your skin
Oh yeah your skin and bones
Turn into something beautiful
D'you know you know I love you so
You know I love you so

I swam across
I jumped across for you
Oh all the things you do
Cause you were all yellow

I drew a line
I drew a line for you
Oh what a thing to do
And it was all yellow

Your skin
Oh yeah your skin and bones
Turn into something beautiful
D'you know for you i bleed myself dry
For you i bleed myself dry

Its true look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine
look at the stars look how they shine for you

Monday, September 5, 2011

Evolusi

Dulunya aku berevolusi, ada sayap yang panjang boleh terbang, ya! terbang melihat homosapien yang kenit-kenit. aku hulurkan tangan untuk terbang bersama. mereka kata aku malaikat, padahal aku hanya homosapiens berevolusi, evolusi kerana aku ingin bebas, terbang dan telanjang. 

Gema-gema yang bunyi jeritan di langit-langit sudah jadi musik-musik, suara yang datangnya dari langit. terbang dan terbang. coba untuk dekati matahari dan bulan. di kala aku terbang-terbang aku terlihat teman yang patah sayapnya, tidak lagi terbang. dia duduk di tempat yang gelap, mukanya hanya ada bayangan hitam. dia gembira tapi dalam masa yang sama, dia sedih, kecewa. 

Aku patahkan sayap untuk temankan bersama, cuba membuang bayangan hitam menghantui dirinya biar dia menjadi putih. aku manusia dan bukan malaikat. aku hanya kebetulan dan dia sudah jumpa kepastian. hilang hitamnya, menjadi putih, bersayap dan boleh terbang. Aku tidak boleh bersedih. kerana sedih itu hanya hitam lagi untuknya. aku mahu dia putih. 

Aku tidak menahan kau untuk terbang, terbanglah wahai sahabat. terbang! terbang dan telanjang. 

Saturday, September 3, 2011

Emosi

Gula yang manis-manis untuk homosapien tawar-tawar bagi aku, pahit-pahit itu tetap ada, tapi pahit-pahit itu sudah menjadi gumpal yang di telan-telan. Sedangkan manusia letakkan kasta hati di tempat yang tinggi aku letakkan kasta itu di bawah, kerana aku tidak pernah fikir untuk emosi, emosi berantakan mahu keluar tapi kelas pertama tentulah fikiran yang fikir. 

Sedangkan homosapien yang berlawan dengan emosi yang raja. fikir aku yang baik-baik tanpa emosi, jadi kecil-kecil bagi mereka, biarkan kata mereka yang kecil-kecil buat aku fikir jadi besar-besar. jika di bilang di mana emosi aku. aku letakkan nya pada teman. biar mereka fikir dan fikir, aku sendiri mati, kerana emosi mereka sekecil-kecil itu bagi aku besar-besar. mereka berantakan, kelahi, dengan aku yang sendiri-sendiri. kumpul air liur dengan kahak, ludah tepat pada mukaku, ludah berkali-kali dengan emosi yang tanpa fikir. aku marah yang marah tapi hanya fikir yang fikir, membuatkan aku biar dan biar. kasta aku rendah, tidak selayaknya fikir untuk emosi. biarlah emosi pergi dan pergi. 

Jika aku hilang bukan bererti aku pergi, itu bermakna aku sudah tidak di perlukan lagi. tiada orang rasa hilang yang hilang apabila aku pergi yang pergi. 

Friday, August 26, 2011

i dance alone

Penuh yang penuh, ramai yang ramai, keramaian yang menari-nari penuh dengan ligat-ligat tersendiri. kaki-kaki mengikut rentak musik-musik yang musiknya di mainkan secara semula jadi. Di kala berbaju yang nipis-nipis jadi tebal yang tebal. telanjang yang telanjang. Aku juga sama menari-nari mengikut rentak musik yang senyap tapi bising yang bising. 

Langkah kakiku mengikuti semuanya tanpa sedar yang sedar. aku hanya senyum melihat langkah-langkah yang aku corakkan dan tarian untuk aku hiburkan sang pemerhati yang perhati-perhati. tak usah fikir kamu menari kelas pertama atau tidak, menari itu tetap menari, samada sendiri mahupun sendiri-sendiri. 

Sekarang hanya aku menari sendiri yang sendiri. 

Wednesday, August 3, 2011

Tahan

Di kala homosapien menahan lapar untuk ganjaran, orang lainnya lapar untuk hidup. Tahan yang tahan. Setitis peluh yang jatuh sudah kira itu hidrasi, sedangkan segelen peluh untuk aktiviti lainnya dikira kepuasan. heh! aku masih lagi telanjang dikala telanjang yang telanjang. Telanjangi diri aku yang satu lagi, biar dia jauh dan jauh. Tahan-tahan yang tahan. 

Dikala air sejuk itu nikmat diteguk, aku memandang tajam, setajam tajam pandangan rogolan, penjimakkan mata, jika seteguk mengalir di tubuh dikala panas yang panas mahu saja aku terbang dan terbang. tapi aku tahan-tahan yang tahan.  Aku tahan untuk tidak telanjang, tahan dan tahan. 

Aku diam dan diam untuk tahan yang tahan. bila tahan yang tahan itu tertahan tentu saja aku jadi si telanjang yang tahan. Tahan untuk tidak menyoal tuhan dilangit, tahan untuk percaya yang dipercayai. heh! manusia sentiasa telanjang, pilih sahaja baju mana kamu mahu, dan tahan dan terus tahan. 

Saturday, July 30, 2011

Putih Hitam dan Kelabu-kelabu

Kau hulurkan tangan yang halus-halus, lembut untukku pegang, ku genggam erat dan kau bawa aku terbang. Tinggi, lebih dari di atas awan yang awan. Kau tunjuk seluruh dunia itu kecil sahaja dan sekarang kita adalah gergasi telanjang yang terbang. Kau bilang Putih Hitam dan Kelabu-kelabu. 

Di tempat yang tinggi tanpa putih tanpa hitam dan kelabu-kelabu, kita singgah.  Disana lebih banyak makhluk telanjang yang boleh terbang. Mereka melihat, dan berkata Puith Hitam dan kelabu-kelabu.  Kau lepaskan tanganku, kau senyum. Aku bilang Putih Hitam dan kelabu-kelabu. 

Tempat yang pejal nikmat untuk dipijak, tapi sekarang kosong, yang ada hanya putih. kau terbang mengikut makhluk telanjang yang boleh terbang sekumpulan, biarkan aku jatuh dari tempat tinggi. Aku hulur tangan untuk kau sambut, kau jeling sinis tapi masih senyum, aku nampak putih hitam dan kelabu-kelabu.  

Sunday, July 24, 2011

Moksa

Dikatil yang empuk aku terbaring menutup mata yang melihat warna-warna terang mencerahi seluruh dunia, ya! bagi si buta warna tentu sahaja ia nampak sesuatu warna yang indah bukan seperti orang lainnya, menutup mata hasilnya sama, hanya kelihatan kegelapan tanpa cahaya dan warna terang. warna hitam ini tentu sahaja menemani ketika setiap detik saat berlalu.  Gelap-gelap yang gelap. 

Akal yang diberi untuk berfikir aku rehatkan seketika, biarkan ia kosong. kekosongan yang sangat kosong. telingaku pekakkan dari mendengar rintihan diri sendiri yang merasakan dunia mencelakakan dirinya. Hanya terdengar saluran nafas yang bernafas. Angin-angin yang sejuk menusuki hidung keluar dari paru-paru aku keluarkan dari mulut. aku hiruplah udara-udara itu masuk kedalam mulut. biarkan ia keluar dari hidung. sucikan mengunakan sumber yang didapati percuma. 

Segelap-gelap tutupan mata, dihujung-hujung lubang terdapat cahaya yang kecil masuk memberikan pelukan suam. Setinggi-tingginya awan yang menjadi perhiasan dilangit, aku cuba melihat secara telus kearah cahaya yang sinar. Bau-bauan dunia yang padat dengan kecelaruan mahu saja aku tinggalkan. Korbankan jiwa untuk sesuatu ialah permulaan, korbankan sahaja roh yang tiada kehidupan hingga sampai ketahap moksa. 

Wednesday, July 20, 2011

Tenteram

Kenyataan yang jelas sebenarnya dari pendefinisi yang kukuh. Sekukuh-kukuh kenyataan ia tidak jelas walaupun kelihatan jelas, ia bermula pada asas. Asas perkataan dibina untuk menghubungkan sesuatu menjadi jambatan antara satu-satu homosapien berkata-kata. Apabila manusia berevolusi, kata-kata lama tidak lagi digunakan untuk sebagai jambatan. ia lebih dari kata-kata yang memutarkan sesuatu untuk menjadi sesuatu yang legap pada mata homosapien lainnya. Kenyataan aku berubah-ubah mengikut minda. Tenteram-tenteram.

Aku suka bertelanjang, kerana telanjang mengingatkan aku pada naluri manusia yang binatang. ya, kita binatang yang membinatangi manusia lainnya mengunakan kepercayaan. dan apabila kerpercayaan itu hilang ia akan hilang dan hilang. Dicari-cari ia akan menjadi sesuatu pembaharuan, lahir telanjang yang telanjang. Tenteram-tenteram.

Jika marah, jangan marah pada langit, langit akan menangis melihat kau yang telanjang kedua-duanya. Marahkan pada sekeping refleksi yang melihatkan dirimu yang telanjang. Marah pada setiap pergerakan yang kau lakukan. Pergerakan itu pilihan mati yang menjadi selari untuk kau pegangi. Marah sepuas-puasnya, berkelahi dengannya kerana akhirnya minda yang marah itu akan tenteram-tenteram. 

Monday, July 18, 2011

Pembunuh semula jadi

Setiap kali melihat homosapiens lainnya lalu dihadapanku, hanya ada gambar-gambar bergerak berdarah. Semuanya dalam keadaan pergerakan lambat. Darah yang terpercik sedikit-sedikit itu menghiasi ruang udara terapung-apung tanpa pergerakan membentuk seni percik. Jika darah-darah terpercik itu jatuhnya pada sehelai kanvas besar yang kosong, ia menjadi sesuatu seni yang asli, seni yang tidak ternilai dengan bau aroma darah segar yang lama-lamanya bertukar menjadi warna hitam, warna hitam yang merah-merah. Baunya masih melekat seakan-akan bau besi karat tapi nikmat, nikmat bau asli. 

Aku pemangsa, aku mahu jadi pemangsa. Setiap kali terlihat sesuatu, tanganku yang bergetar, parkinson. Bunuh atau terbunuh. yang pasti mesti salah satunya menjadi nilai seni yang abstrak. Aku mahu menikmati disaat pembikinan satu karya agung mengunakan dakwat dulunya terhasil daripada pencantuman sperma dan ovum membentuk seketul daging yang membesar sehingga bertulang, berkulit dan berkasta. ia dakwat yang dicipta tuhan bukan manusia. Dengan warna merah darah tentu sahaja boleh menghasilkan tona-tona berlainan, walaupun asasnya adalah merah. 

Aku tiada kebencian, tiada kegeraman terhadap spesis homosapien lainnya. Perasaan ingin membunuh ini, aku pendamkan. aku telan dan simpan dalam-dalam. Biarkan ia pergi. Jika manusia dilahirkan pada mulanya untuk menjadi songsang. aku dilahirkan untuk menjadi pembunuh semula jadi. Pembunuh yang membunuh untuk bunuh. 

Penhujung yang tiada penghujung

Disuatu jalan yang panjang aku belari untuk sampai kesuatu penhujung panjang yang tanpa penhujung. Hari yang mendung kini dihiasi dengan hujan batu-bata yang tersusun kemas dihadapan. Setiap satu mereka bersusun sehingga berubah menjadi suatu tembok yang panjang dan tingginya tidak terlihat, menghalang perjalanan ke depan. Aku teruskan perjalanan sehingga betul-betul sampai ditembok yang menghalang perjalanan. 

Dengan mengunakan kekuatan homosapiens aku tarik seberapa kilometer tangan kananku untuk dihayunkan pada tembok ini. Satu tumbukan dilepaskan. Getaran kecil terhasil, tapi rasa kesakitan menguasai minda. Tangan yang pejal kini telah berubah menjadi daging merah yang lunyai, dihiasi dengan tulang-tulang yang terjojol keluar. aku hanya memeherhati tembok yang menghalang. ego dan tegap. Usaha untuk kehadapan tidak lagi terhasil.  kesakitan yang tadinya menguasai sudah surut hanya timbul rasa-rasa marah. 

Kalau perjalanan lurus tanpa penghalang tentu sahaja sampai ke penhujung yang tiada penghujung. di penhujung yang tiada penhujung, tiada benda dicari, tiada benda juga mahu difikirkan. Tapi untuk melepasi tembok ni hanya satu, mengunakan tangan kosong untuk memecahkannya. Dengan kuasa minda, tangan yang hancur ini tidak kesakitan. Biarkan hayunkan selaju yang mungkin kearah tembok.  Hayun tangan kiri. Hayun tangan kanan. Hayun kaki kanan. Hayun kaki kiri. Hayun kepala. Gelap tanpa kesakitan. 

Penhujung yang tiada penghujung

Sunday, July 17, 2011

Tanpa pergerakan

Aku hilang dalam kehilangan berterbangan jauh keluar dari bumi, batu ketiga dari matahari. Ditepi hanya ada ruang dan masa bergerak tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan aku berjalan, berjalan jauh meninggalkan diri sendiri yang tersedia telanjang. Bintang-bintang berkelip, memandang sinis makhluk sepertiku yang mempunyai jangka hayat yang pendek. Tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan. 

Aku harapkan diri ini di bawa ke taman-taman indah dipenuhi dengan warna-warna kesukaan. Sedar yang tidak sedar putaran yang menghiasi penglihatan. Aku tutupkan mata biar dan biarkan telanjang yang telanjang, mati yang tak mati, dosa yang tak dosa. Tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan. 

Aku letakkan tangan didada, aku buat bersilang, luruskan kaki, tutup mata. Peluh-peluh yang dulunya panas kini menjadi titis-titis sejuk. Ditelingaku hanya terdengar gelombang sonar aktif yang mengosongkan otakku. Bunyi ini seakan-akan memberi aku petunjuk, petunjuk untuk aku berhenti dan biarkan, pergerakan tanpa pergerakan. 

Urat-urat, darah mengalir, otak, mata, nafas, biarkan lah ia terhenti. Tanpa pergerakan. Tanpa pergerakan. 

Saturday, July 16, 2011

Putih

Seputihnya kertas kosong yang diperbuat daripada kanvas. Aku mengunakan tangan kiri dengan pena berdakwatkan akal untuk menconteng sesuatu. dulunya gambar-gambar bergerak membantu, kini aku kerahkan otakku untuk berputar ligat. seligat-ligat otak berputar, aku hanya dapat putaran yang tersangkut ditengah-tengah. berputar kiri dan ke kanan. 

Kalau dengan menhentak kepala ke dinding konkrit itu adalah untuk pembetulan putaran, aku akan buat semahu-mahunya, biar baik kembali otakku yang sudah karat ini. Aku hanya duduk diam melihat kertas kosong itu putih menjadi kuning-kuning warnanya, tanpa tulisan. Aku gigit jari, biar ada rasa sakit, tanda aku marah dengan akal. heh, sakit menguasai diri tapi akal ku masih degil untuk berbicara. 

Biar aku berkelahi dengan minda disini. Kau kalah turuti aku, Aku kalah dan aku mati. 

Hitam

Terbukanya kelopak mata dari kehitaman minda. aku terbaring kaku. aku bangun. memerhati keadaan sesekeliling mencari sesuatu yang telah hilang. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku terbang, terbang tanpa sayap. Gema-gema ditelinga dengan suara halus memanggil aku untuk pergi ke tempat hitam semula. Aku biarkan diriku telanjang, dibasahi kelenjar-kelenjar peluh-peluh semalam ketika aku berada dalam kegelapan. 

Diriku yang lama sudah mati, diriku sekarang hampir mati. Bezanya diriku yang dulu sangat baik berfikir, aku sekarang seperti dunggu. mati lebih baik mungkin. Aku mahu menulis panjang tapi yang keluar hanya dakwat putih ditulis tanpa erti. 

Aku ingin kembali didunia kehitaman. Mungkin disitu tempat aku. 



Sepuloh

Sebenarnya tiada nombor sepuloh yang ada hanya satu dan kosong dijimakkan bersama, nombor yang wujud untuk pengiraan sesuatu benda yang sama. kalau gadis kesukaan aku ada sepuloh dan kesepuloh mereka menyukai aku. aku biarkan diriku bercinta dengan mereka sepuloh kali dan aku pastikan yang kesepuloh itu, aku jadi yang sempurna. 

menamatkan antologi nombor. 

Sembilan

Sembilan kali sembilan belas millimeter perluru parabellum, diisikan didalam pistol walther p99. semuanya ada lima belas biji peluru. Jika satu das tembakan di lepaskan di kepala, peluang homosapiens untuk hidup adalah 5% di mana hanya 3% untuk hidup kembali normal. Jika ditembak tepat pada hati, akan mati.

Lapan

Lapan abjad yang mengambarkan diriku sebelum ini. Sekarang aku selesa dengan keadaan telanjang. tiada baju, tiada seluar. yang ada hanya bulu-bulu tumbuh mekar menutupi zakar. kalau diberikan baju akan rasa selesa sehingga melupakan penderitaan yang sebelumnya. heh! aku tak biasa dengan keselesaan. 

Tujuh

Tujuh abjad aku suka, "Percuma". kalau diberi baju patroit dan baju bersih 2.0 secara percuma, aku pakai kedua-duanya sekali. Berdamaikan lebih baik?

Enam

Tiada kaitan dengan enam. cuma jumlah abjad ada enam, "sayang". perkataan sayang setiap orang definisinya belainan. dan sayang aku berlainan. sayang aku adalah janji.

Lima

Sebanyak lima orang pernah menghias diriku dengan lima jari mereka di mukaku. Emak, bekas kekasih satu, bekas kekasih dua, bekas kekasih tiga, dan bekas kekasih empat. Persamaan mereka ialah wanita, sayang, dan mengakhiri sesuatu dengan tamparan. 

Empat

Empat benda yang tidak boleh di percayai di dunia ini ialah wartawan, politik, internet dan perang. Itu semua propaganda. Maka dengan itu, jangan pecaya kata-kata aku. percaya diri sendiri lebih baik bukan? 

Tiga

Tiga perkataan yang paling manis ialah aku cinta kau, tiga perkataan yang paling sial ialah aku benci kau. hanya tukar perkataan ditengah-tengah untuk mendapat maksud yang berbeza.

Dua

Dua hati menjadi satu, kalau benar tentu tiada perkataan "tiada jodoh" ketika cerai, ketika kau dapat hati yang lebih baik. Heh! Homosapiens sentiasa tamak ingin mencari yang lebih baik, satu masa nanti kau akan tersungkur kembali dengan memori permulaan. 

Satu

Satu-satunya aku percaya ialah tuhan selebihnya adalah hati walaupun kadang-kala hati tidak bermata untuk melihat. Dengan hati, mataku tidak melihat wanita berbaju itu telanjang, tapi aku lihat kedua-duanya telanjang. 

Kosong

Kosong itu tanda permulaan, permulaan sesuatu yang sudah dimulakan. setiap saat bertukar menjadi minit bertukar menjadi jam bertukar menjadi hari dan akhirnya bertukar menjadi tahun. Diriku yang lama sudah mati, dan biarkan dia mati begitu sahaja, aku lahirkan kembali diriku dalam keadaan telanjang, telanjang yang telanjang.