Wednesday, September 19, 2012

(2)

Sesuatu yang berakhir menjadi produk, adalah sesuatu yang patut di jauhi. 



Thursday, July 5, 2012

(1)

Sesuatu yang mula dari sekecil idea, menjadi bentuk pejal dan akhirnya dicerna oleh orang-orang lain. Sekarang ia sudah menjadi sesuatu yang nampak, yang hampir terkenal (mungkin?), populariti. sejak dahulu lagi menjadikan manusia tuhan sementara. Kegilaan manusia pada nama, sehingga sanggup membenarkan semuanya diputar salah menjadi hidangan seharian sekumpulan-sekumpulan anjing yang setia menyalak sepanjang masa. 

"Kenapa kau perlu lucutkan apa yang kau ada sekarang?" 
"Sebab malaikat-malaikat telah bertukar menjadi iblis"



Friday, June 1, 2012

Kata

Bila kata sudah semakin lemah,
suara juga tidak kedengaran,
lalu ku jerit,
biar kau dengar,
dan terus tembus telus jadi pepejal.

selamat hari kematian, bilangnya.

Monday, May 28, 2012

Pasca hidup

Secangkir kopi panas dihidangkan petang hari, di letak di atas meja kayu gelap. Dengan mata yang layu, aku meneguk, biar dapat kafien untuk memberi kesegaran yang sementara. Segar hanya beberapa saat, layu kembali. Ah, bilang hatiku, aku sudah tua, bukan ada tenaga macam dulu lagi.

Aku mengeluarkan sebatang rokok sebagai peneman rindu, kerinduan yang dekat dengan kematian. Mati itu paling dekat, dekatnya sehingga kita lupa kewujudannya. kabur.

Mimpi

biarkan aku meminjam,
mimpi-mimpi indah,
agar,
aku terus tersenyum sendiri.

Kematian

Mati secara sendiri itu tidak bermaksud memiliki kematian, memiliki kematian hanya dengan melakukannya sendiri.